Harus difahami juga bahawa akan sentiasa datang masa-masa kita gagal semula setelah bangun. Tapi dengan memahami bahawa itulah manusia, itulah kehidupan, kita akan dapat menerima hakikat bahawa dari masa ke semasa, kita mungkin akan jatuh setelah bankit. Apa yang lebih penting ialah kita bangun. Bangun dan susun semula rancangan untuk mencapai kejayaan. Itulah yang dimaksudkan pada azan ' Haiya Alal Falah' - Marilah menuju kejayaan.
Hadi Hazman Anecdote
Monday, December 2, 2024
Motivasi diri: Jatuh-bangun seorang bernama manusia.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kesempurnaan setiap masa. Banyak daripadanya berlaku pada masa-masa yang tiada kesempurnaan. Namun kita terpaksa melaluinya atas desakan meneruskan hidup. Memang benar jika tiada desakan hidup, tiada siapa mahu meneruskan kerja/tugas dalam keadaan yang serba-serbi tidak sempurna.
Sunday, September 6, 2020
Bayi lelaki (baby boy) asyik menangis.
Bagi yang ada bayi lelaki, tentu telah maklum ada beberapa perbezaan yang besar dalam membesarkan bayi lelaki ni (berbanding bayi perempuan).
Kadang - kadang bayi lelaki ni asyik menangis tidak tentu pasal walaupun kita telah periksa semua keperluan nya telah dipenuhi.
Kita dah check dia tak demam, telah minum cukup susu, perut tak kembung, badan tiada gatal-gatal, tiada kesan luka / gigitan serangga. Lampin kering dan tidak ketat. Baju dan seluar kering. Hidung tak tersumbat, telah dibacakan ayat-ayat suci untuk elak gangguan makhluk halus... Namun dia tetap menangis juga tidak berhenti, kadang-kadang bayi tu hanya tidur sekejap sangat (luar dari pola kebiasaan tidur bayi tersebut).
Mungkin ada perlu mencuba ini. Nampak macam dangkal sahaja idea ni namun, belum cuba belum tahu.
Apa yang anda perlu lakukan ialah tuam telur (testis) bayi tersebut. Tuam bermakna guna sesuatu yang hangat, sebagai contoh kamu lipat kain napkin sederhana tebal, lepas tu panaskan hujung napkin tu dengan seterika hingga kepanasan sterika tu melekat pada napkin tersebut. Panaskan tu sekadar hangat - hangat yang tidak mencederakan bayi dan panas yang tidak menyebabkan bayi akan menangis. Tapi jangan pula terlalu lemah hangat nya sebab nanti tidak berkesan pula bila dituam.
Setalah tu, lekapkan kain hangat (tuam) itu ke telur/testis bayi lelaki tersebut. Gerak-gerakkan tuam sehingga semua bahagian testis bayi di hangatkan. Ulang-ulang kaedah ni. Tuam sekali bahagian berhampiran alat sulit bayi tersebut ( no harm). Bila kain tuam mula hilang hangat, lekap kan kembali kain tersebut kepada seterika. Ulang.. Ulang.. Jangan malas. Anak kita tu..
Lepas tuam tu, kalau nak lebih berkesan, buat urutan kat testis bayi tu. Caranya ialah urut bermula daripada anus, melalui tepi telur testis, terus ke bahagian atas zakar. Ulang. Memang susah nak terangkan. Nanti lah jika saya berpeluang buat video, saya akan upload disini.
Anak saya, lepas buat tuam ini, malam itu dia mulai tidur nyenyak (kembali kepada pola tidur dia yang asal).
Simple step, but make huge differences.
Saturday, May 9, 2020
Game Tactical.
Tajuk ni boring, tapi kalau mu minat, mu pasti baca punya
tanpa sapa suruh pun. Game yg den nak maksudkan ni ialah game yang bukan
semata-mata game tapi memerlukan akal fikiran, logic dan taktikal untuk menang.
Sesetengah orang dia minat game tactical sebab dia tau otak dia terer tactic
dan dia sepatutnya boleh menang compared dengan orang yang buta tactical.
Game yg den maksudkan ialag PUBG.
Ye.. game tembak-tembak
jer. Kalau mu tengok sekilas memang la nampak macam game tembak-tembak jer.
Tapi kalau mu join dan main dalam liga yang dapat markah (rank game) mu akan
tau betapa banyak nye taktikal yang perlu mu terapkan dalam game ni untuk BOLEH
MENANG.
Basically game ni ialah: Sebuah kapal terbang yang akan menerjunkan
100 orang penerjun tanpa senjata (kamu salah seorang darinya). Penerjun ini
perlu menjadi orang yang paling akhir sekali yang tidak mati. Dengan kata lain
100 orang ini akan saling berbunuhan bila bertemu antara satu sama lain supaya
dia la akhirnya yang akan hidup sorang-sorang. Pemenang terakhir ini akan
diraikan dengan ungkapan “ WINNER WINNER CHICKEN DINNER”. Jangan lupa yer, hampir
semua penerjun tu ialah ORANG SEBENAR di alam nyata, bukannya computer programming.
Kalau mu main
buta-buta tanpa tactical, eden pasti sangat… mu akan jadi orang yang paling
awal mati. Kalau mati awal markah akan ditolak. Lagi kita lambat mati, lagi
banyak markah kita perolehi. Setiap pemain dalam sesuatu season akan ada pangkat
dia sendiri, yang paling rendah pangkat/(rank) ialah Bronze dan paling tersohor
(paling disegani) ialah rank Conqueror.
Kenapa perlu taktik? Dan taktik ini correspond dengan
keadaan sebenar jika kita berada dalam medan perang. Sebagai contoh:
a) Mu kene membongkok bila berada berhampiran musuh, kerana
bunyi tapak kaki orang membongkok lebih senyap, pihak musuh susah nak agak mu dating
dari arah mana.
b) Mu kene meniarap untuk tembak musuh yang sangat jauh,
sebab recoil/ gegaran tembakan sangat kuat, jika mu meniarap peluru tidak akan
tersasar jauh dan boleh kena tepat kearah musuh. Kalau mu tembak masa berdiri,
biasanya tak akan mengenai sasaran yang jauh.
c) Mu kene tembak bahagian KEPALA dulu kalau nak musuh cepat
mati, kalau mu tembak bahagian lain badan, musuh akan lambat sedikit mati
berbanding tembak kepala (kerana kepala ada otak, bila otak ditembak maka lumpuh
seluruh sistem tubuh- mati).
d) Mu kena kenal senjata. Senjata dalam PUBG mimic (tiru)
senjata sebenar yang ada dalam dunia ini. Contohnya kalau mu nak tembak jarak
dekat dan peluru keluar laju, mu kena pakai submachine gun yang bernama UZI.
Tapi kalau mu nak tembak musuh yg berada pada jarak sangat jauh, peluru UZI
takkan sampai, time ni mu kena pakai sniper rifle seperti AWM. So mu kena ada
ilmu pasal jenis-jenis senjata secara asasnya.
e) Mu kena kenal attachment senjata. Contohnya jika mu nak
tembak musuh dan nak buat musuh tak dapat detect mu menyorok di mana, mu kena
equipkan gun mu dengan silencer. Mu kena pasang silencer di hujung gun.
e) Mu kena tahu macam mana nak guna bom tangan, macam mana
nak guna stun grenade dan sebagainya.
f) Time terjun dari kapal terbang, hendaklah terjun di kawasan
yang tak ramai musuh turun. Jika ramai musuh turun situ, ada kemungkinan kita
akan mati cepat kena tembak. Oleh itu kena ada pengetahuan untuk baca peta kawasan
perang dan rancang kat mana nak landing.
Itu baru sedikit tactical, ada banyak lagi tactical yang mu
akan pelajari sendiri jika serius main game ni.
Baru-baru ni masuk berita team kita menang di peringkat Asia
Tenggara. Kalau tak silap Yoodo Gank. Masuk TV3 tuuu dalam section E-Sport.
Memang E-sport dah mendapat tempat di dunia sekarang ni. Sia pada university yang
tawarkan kursus E-sport. Banyak pertandingan all over the world. Cumanya kalau
mu nak menang, mu kene terer giler la. Lawan dengan rank conqueror pun mu blom
tentu boleh jadi Top 10 kalau tangan jenis berpeluh pegang handphone.
Pada hemat den la, ada beberapa game yang berponsi dalam
E-sport ni, Yang dikenali di SELURUH DUNIA iaitu PUBG, Mobile Legend (a.k.a DOTA),
fortnight dan sebagainya.
Sunday, April 19, 2020
Cara nak guna smartphone korang yang ditinggalkan di Maldives tapi korang tengah duduk rumah di Kampung Datuk Keramat.
Ramai yang tak tau, update Windows 10 telah membolehkan kita terima call suara, terima dan reply sms, guna sebarang apps dari smartphone kita (tak kisah apa-apa aktiviti), pindah kan gambar, jawap whatsapp, pindah kan fail dari smartphone ke komputer secara wireless (guna internet).
Walaupun smartphone kita tu kita tinggalkan di office, kita bole guna phone kita tu dari rumah. Cool tak?
Kalau tak reti, boleh baca link bawah ni. Den dah buat… memang cool beb.
https://fossbytes.com/connect-phone-windows-10-sync-android-ios/

Kepentingan membuat recovery disk untuk komputer baru dibeli.
Apakah perkara pertama yang patut dibuat selepas membeli komputer baru yang biasanya pembeli tidak lakukan?
Jawapan dari skema chegu ialah: Membuat recovery disk.
Apa tu recovery disk?
Ialah satu set fail yang kita simpan/ save samada dalam bentuk DVD atau dalam thumbdrive/hardisk. Fail ini ialah fail yang MEWAKILI SELURUH SISTEM OPERASI (operating system) dalam komputer baru kita, contohnya Windows 10 atau Win 8 dan SEMUA DRIVERS untuk hardware komputer kita tu (driver graphic card, drivers sound, driver memory card, driver WiFi, driver Bluetooth dan sebagainya). Driver-driver ini kadangkala sangat unik, jika anda hilang, untuk mencarinya sangat sukar walaupun kita boleh cari di Internet, tapi kadang- kadang TAK WUJUD. Sebab tu driver ni kena diselamatkan dari awal.
Apa guna recovery disk? Ia digunakan bila operating system komputer kita dah jadi gila, hilang fail (corrupt) atau komputer tak mahu reboot (tak mahu start hidup).
Dizaman kita ini, bila kita beli komputer baru, kita sudah tidak lagi dibekalkan dengan CD operating system. Semuanya BUILT-IN. Maksudnya operating system itu masih lagi diberi kepada kita, tapi IA TERSIMPAN DALAM HARDISK KOMPUTER KITA. Kita YANG kena keluarkan sendiri ‘recovery disk’ tu.
Ada orang kata… alah biarlah.. benda tu ada dalam hardisk, nanti kalau komputer kita rosak, kita buatlah proses recovery. Tapi cuba fikir, kalau komputer tak boleh on/reboot, macam mana nak panggil balik fail recovery tu? Ataupun tiba tiba partition yang save data recovery disk tu yang corrupt (rosak), macam mana komputer nak retrieve data recovery tu?
Sebab tu masa awal-awal beli komputer kita kena keluarkan fail recovery disk ni dan save ke dalam dvd atau external hardisk. Komputer kita ni bila-bila masa je boleh rosak, tak kira komputer baru atau lama.
Orang kedai komputer dan orang pusat servis komputer (tak semua) sangat suka pembeli yang tak save recovery disk ni. Ni la peluang buat duit. Kalau korang punya operating system corrupt/rosak, korang kena beli Windows BARU, tu je dah berapa ratus tu. Buat rugi je.
Dan jangan bimbang, untuk buat recovery disk ni tak perlu pun untuk jadi pandai komputer, setiap komputer baru ada software dalamnya yang khas didatangkan untuk korang buat recovery disk ni. Cuma korang perlu rajin belek je senarai software dalam komputer korang tu, MESTI ADA PUNYA. Korang ikut je arahan dalam software tu, pasti siap recovery disk tu. Kalau function ni takde, korang bole baling komputer tu kat authorised center brand tu, baru depa tau korang keturunan pahlawan gagah perkasa.
Gambar-gambar dibawah ni adalah gambar masa den buat recovery data komputer lama den. Ada tu dia hanya benarkan buat SATU KALI SAHAJA proses recovery data ke external hardisk/thumbdrive.

Tuesday, April 14, 2020
Alkohol dalam sanitizer / perfume: Bolehkah dipakai semasa solat/sembahyang?
Ada masih keliru alkohol yang tak boleh bawa masa solat. Kekeliruan terjadi sebab kebanyakkan sanitizer dibuat dari campuran alkohol. Juga kekeliruan yang melibatkan minyak wangi beralkohol. Cuba untuk jelaskan dalam bahasa pasar semudah yang mungkin.
Alkohol yang tak boleh bawa solat tu ialah alkohol yang memabukkan yakni alkohol yang ada dalam arak tu. Alkohol dalam arak telah melalui proses penapaian (fermentation). Dalam bidang sains alkohol itu sendiri ada beberapa kelas seperti alkohol primer, alkohol sekunder dan alkohol tertier. Bukan semua alkohol itu sama dan bukan semua alkohol itu memabukkan.
Jadi kalau alkohol yang anda sentuh itu tidak melalui proses fermentasi, maka insyaallah ia bukanlah alkohol yang memabukkan dan ini boleh dibawa dalam solat. Kalau tak percaya korang minumlah alkohol tu dan tunggu ... mabuk tak? Atau mati? Haha.. OK itu joke, jangan cuba minum alkohol pulak.
Sama juga kes dengan perfume yang ada alkohol tu, boleh digunakan. Cumanya kena hati-hati sedikit sebab kadang-kadang dalam perfume ni ada guna unsur campuran dari 'lard' iaitu bahan dari khinzir untuk membuatkan perfume tu tahan lama bau nya.
Bukan nak berfatwa tapi sekadar menyampaikan dari sudut pandangan sains. Wallahuaklam.

Sunday, September 1, 2019
Pendinding ringkas dari gangguan makhluk halus bagi bayi.
Ilmu ini saya dapat dari seorang pengamal berdaftar Darussyifa.
Kalau anda ingin membawa bayi keluar pada waktu-waktu keras dan melalui kawasan-kawasan yang kelihatan keras, eloklah dibuat pendinding kepada bayi. Pendinding juga elok dibuat kepada bayi sebelum bayi tidur agar tidak diganggu semasa dalam tidurnya.
Kaedah ini ringkas kerana untuk mengelakkan kita daripada lupa bagaimana untuk melakukannya. Caranya:
** Buat tapak tangan seperti berdoa dan baca surah Ikhlas (Qulhuwallahu ahad..), diikuti surah An-Nas (Qul a'uzubi robbinnass...) dan surah Al-Falaq (Qul a'uzubirobbil falaq...). Setelah habis baca hembus ke tapak tangan tadi separuh nafas, dan separuh nafas lagi tahan (simpan). Kemudian sapukan tangan tadi mulai kepala hingga ke badan seterusnya ke kaki bayi. Semasa tangan sampai di hujung badan bayi, lepaskan nafas yang ditahan tadi ***
Ulang perkara ini tiga kali. (Bermula dari ** hingga ***).
Dan berdoalah dalam hati supaya Allah melindungi bayi kita ini.
Kaedah ini dilakukan ketika bayi masih dalam keadaan biasa, jika bayi sudah meracau-racau atau telah menagis tidak berhenti-henti kaedah ini tidak lagi sesuai. Apa yang perlu dilakukan ialah:
Azan dan iqamat sebanyak 11 kali.

Subscribe to:
Comments (Atom)