Sunday, September 1, 2019

Pendinding ringkas dari gangguan makhluk halus bagi bayi.

Ilmu ini saya dapat dari seorang pengamal berdaftar Darussyifa.

Kalau anda ingin membawa bayi keluar pada waktu-waktu keras dan melalui kawasan-kawasan yang kelihatan keras, eloklah dibuat pendinding kepada bayi. Pendinding juga elok dibuat kepada bayi sebelum bayi tidur agar tidak diganggu semasa dalam tidurnya.

Kaedah ini ringkas kerana untuk mengelakkan kita daripada lupa bagaimana untuk melakukannya. Caranya:

** Buat tapak tangan seperti berdoa dan baca surah Ikhlas (Qulhuwallahu ahad..), diikuti surah An-Nas (Qul a'uzubi robbinnass...) dan surah Al-Falaq (Qul a'uzubirobbil falaq...). Setelah habis baca hembus ke tapak tangan tadi separuh nafas, dan separuh nafas lagi tahan (simpan). Kemudian sapukan tangan tadi mulai kepala hingga ke badan seterusnya ke kaki bayi. Semasa tangan sampai di hujung badan bayi, lepaskan nafas yang ditahan tadi ***

Ulang perkara ini tiga kali. (Bermula dari ** hingga ***).

Dan berdoalah dalam hati supaya Allah melindungi bayi kita ini.

Kaedah ini dilakukan ketika bayi masih dalam keadaan biasa, jika bayi sudah meracau-racau atau telah menagis tidak berhenti-henti kaedah ini tidak lagi sesuai. Apa yang perlu dilakukan ialah:

Azan dan iqamat sebanyak 11 kali.

Susu ibu dalam pantang dipengaruhi oleh pemakanannnya.

Ketika isteri dalam pantang, saya yang menyediakan makan dan minummnya. Dengan kata lain, sayalah yang memasak  makanan dalam pantangnya. Diantara apa yang selalu saya masakkan ialah ikan singgang. Dan dalam sup ikan singgang tu saya lebihkan lengkuas dan tambah sedikit lada hitam (beli- yang kisar halus). Saya buat begitu supaya makanan itu memberikan kesan 'panas' kepada isteri. Panas kan elok untuk orang yang dalam pantang.

Bayi pada ketika itu agak meragam. Tapi kami tak jangka yang meragam itu mungkin berpunca daripada pemakanan isteri. Rupanya bayi merasa 'sakit perut' sebab makanan yang isteri makan itu memberi kesan kepada bayi.

Oleh itu, jika bayi anda meragam lain macam, dia mungkin sakit perut akibat 'pedas/panas' yang ibu dia makan itu. Sila perhatikan apa yang ibu makan kerana ia boleh mempengaruhi keadaan bayi secara tak langsung. Apa yang ibu makan sebahagiannya akan di 'dipindahkan' ke dalam susu ibu yang seterusnya akan diminum oleh bayi.