Friday, June 19, 2015

Awal Ramadhan di Kuala Lumpur

Ramai yang tak suka mendengar nama Kuala Lumpur kerana nama Kuala Lumpur ini selalu terpalit dengan konotasi yang tidak baik. Bila sebut Kuala Lumpur akan ada beberapa perkara yang akan datang dalam kepala seseorang. Perkara- perkara negetif seperti jenayah, penipuan, tempat orang-orang jahat bersarang sering terbayang-bayang di fikiran beberapa individu terpilih.

Tak kurang juga yang akan terbayang kesesakkan lalulintas sebagai bayangan pertama apabila teringat Kuala Lumpur. Hari ini nak bawa cerita berkaitan dengan jalan jammed di KL dan kaitannya dengan bulan puasa (bulan Ramadhan).

Semalam pulang untuk berbuka puasa di KL, secara spesifiknya Kampung Datuk Keramat. Elok lah berbuka puasa pertama bersama parent kan. Kami membeli juadah ala-kadar di pasar Ramadhan Bandar Seri Putra. Ketika hendak bertolak jam telah menunjukkan pukul kira-kira 6.40 pm. Rasa macam dah tak sempat nak sampai ke Keramat. Tak apa la, teruskan sahaja, sampai lambat sedikit apa salahnya kan. Bukan ada nak lumba dengan arnab pun. Lain la kalau kura-kura sebab ada kisah kura-kura berlumba lari dengan arnab (cubaan membuat lawak yang mungkin agak gagal dan hambar-maaf).

Kereta kami tidak dilengkapi dengan enjin jet, jadi kami membawa pemanduan dengan kelajuan biasa sahaja. Cuaca ketika itu redup, dan ada cahaya matahari petang menyinar di sebalik awan-awan putih. Sangat cantik kelihatannya dari highway. Kami sangkakan mungkin perjalanan akan sedikit tersekat-sekat, rupanya sangkaan itu agak meleset. Jalan memang ada kenderaan tapi sangat lancar, semua kereta di line kanan berdesup sahaja lagaknya. Ye lah, dah bayar mahal-mahal enjin 2400 cc takkan nak lari macam EX5 100 cc je kan... begitulah lumrah manusia, yang sentiasa ingin cepat-cepat dalam hidup mereka. Sebenarnya yang paling cepat dalam kehidupan manusia ialah kematian, namun ramai yang pura-pura lupa tentang hakikat tersebut.

Kaki tidak sempat untuk menekan brek. Brek hanya ditekan apabila approaching ke tol Sg Besi sahaja. Itu nak menunjukkan betapa 'kosong' nya highway pada ketika itu. Tapi, selepas sahaja melepasi tol Sg Besi, kami lihat jalan bersebelahan (bertentangan) dah start jammed teruk. Dan kesesakkan lalulintas itu semakin serius sepanjang perjalanan ke KL. Jammed itu sangat panjang sehingga menghampiri ke tol SMART tunnel KL, jauh tu. Oleh itu kami memang faham, jika pada bulan Ramadhan selepas office hour, jalan dari arah keluar-KL memang akan jammed teruk berbanding dari arah masuk-KL. Kesian mereka, ini tentu orang-orang yang bekerja di KL dan bos-bos mereka tidak dapat memberi kebenaran untuk mereka 'keluar' awal (anggapan peribadi).

Kami berjaya sampai di rumah Kpg Datuk Keramat sebelum azan maghrib. Eh laju ke drive? Tak lah... tak laju, tapi jalan yang kosong. Orang selalu kata KL jammed, KL jammed, tapi tidak lah selalu KL itu jammed walaupun bukan pada masa hari raya. Masa kami sampai Keramat tu, kalau nak main bola atas jalan raya pun rasanya macam boleh, sebab jalan dah kosong. Jalan ksong berkadaran terus dengan hampirnya waktu berbuka. Ini saya dah boleh buat keluar satu persamaan matematik, mungkin boleh challenge persamaan E=MC^2 oleh Albert Einstein.

Mungkin cerita jalan kosong ini benar untuk keadaan selepas 6.40 pm sahaja. Sebab dalam pukul 5 pm tadi ayah beritahu jalan depan rumah jammed teruk. So dapat dilihat disini , KL boleh jammed teruk secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba selepas itu boleh lengang macam kubur. Oleh itu saranan saya untuk penduduk di luar KL kalau nak berbuka puasa di KL boleh la cuba memulakan perjalanan selepas pukul 6.15 pm, berkemungkinan perjalanan anda akan sedikit lancar. Tapi apa-apa pun sebelum memulakan perjalanan itu, berdoa lah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan. Mungkin perlakuan-perlakuan yang berkat itu sebenarnya yang membantu memudahkan kerja-kerja kita (berbuka bersama parent itu sebahagian daripada usaha-usaha berkat).

Gambar gambar di Datuk keramat sebelum waktu berbuka puasa: