Wednesday, July 17, 2013

Facebook lagi..`surat berantai ' lagi



Hari ini ramai orang share status dibawah ini dan juga melakukannya demi untuk “kebaikan” bersama, tapi sebenarnya, tak buat pun tak apa, takde impak yang besar mana pun. Malahan pada pendapat saya, siapa yang menurut kehendak kawan dia itu, dia yang rugi…Hehe. Kenapa saya berkata demikian?
Dibawah Ini adalah status update yang ramai orang “share” hari ini:
____________________________________________________________

Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, ada mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda.

terima kasih atas bantuan anda!!

___________________________________________________________________

Sebenarnya, bila kita buat seperti arahannya, kita telah menutup peluang untuk melihat updates orang tersebut di Newsfeed kita, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti orang itu berkenaan dengan “ Life Events “ beliau (seperti contoh: beliau update “ About” section) dan kita juga tak akan mendapat updates di newsfeed kita berkenaan “comments” dan “likes” beliau terutama jika beliau comments dan likes pada status atau page yang bersifat “public”.

Menurut “statement” yang menular  tersebut, ini untuk mengelakkan sebarang posting yang beliau lakukan daripada dilihat oleh orang lain. Sebenarnya, jika kawan mereka lakukan perkara seperti yang diminta itu, posting beliau TETAP akan dapat dilihat oleh “bukan kawan” jika beliau telah meletakkan status “ public” atau “friend of friends” terhadap status atau gambar yang mereka post itu. Jika tak mahu sesiapa nampak apa yang anda post dan hanya mahu hanya rakan yang nampak, dari awal-awal lagi anda sepatutnya telah meletakkan status only seen by friend sahaja, maka selesai masalah anda, hanya kawan yang di approve sahaja yang akan dapat melihat posting anda.

Pendapat peribadi saya, pencipta asal status yang menular tersebut sebenarnya seorang pengguna facebook yang kuat/rajin online. Beliau rajin LIKE-LIKE dan rajin “comments”, maka untuk mengelakkan kawan-kawan lain nampak apa yang beliau komen atau LIKE terutama di post yang bersifat public, diciptanya dakyah tersebut supaya dia selamat, tidaklah nampak sangat dia kuat “main” facebook. Oh, tapi itu hanya hipotesis saya sahaja, tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Dan, dalam statement yang menular itu juga, ditulis, siapa yang tidak melakukannya, orang tersebut akan dibuang dari senarai friend dia. Alangkah murahnya nilai persahabatan di dalam facebook !

Tuesday, July 9, 2013

Bismillahirrohmanirrohim... Pembuka Segalanya

Hari ini pada 09 Julai 2013, dengan izin Allah blog ini telah selamat dibuka dan didaftarkan dibawah domain blogspot.com. Tujuan utama blog ini dibuka ialah untuk membezakan blog ini dengan blog fotografi saya di peninjau.blogspot.com. Dimana dalam blog ini akan mendukung tujuan yang berbeza, tujuan yang selain daripada fotografi. Semoga blog ini akan memberikan kebaikan kepada anda sekalian dan kepada saya, hanya dengan izin Allah jualah segalanya akan dapat berjalan dengan lancar. Perkenankanlah permohonan kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim