Ilmu ini saya dapat dari seorang pengamal berdaftar Darussyifa.
Kalau anda ingin membawa bayi keluar pada waktu-waktu keras dan melalui kawasan-kawasan yang kelihatan keras, eloklah dibuat pendinding kepada bayi. Pendinding juga elok dibuat kepada bayi sebelum bayi tidur agar tidak diganggu semasa dalam tidurnya.
Kaedah ini ringkas kerana untuk mengelakkan kita daripada lupa bagaimana untuk melakukannya. Caranya:
** Buat tapak tangan seperti berdoa dan baca surah Ikhlas (Qulhuwallahu ahad..), diikuti surah An-Nas (Qul a'uzubi robbinnass...) dan surah Al-Falaq (Qul a'uzubirobbil falaq...). Setelah habis baca hembus ke tapak tangan tadi separuh nafas, dan separuh nafas lagi tahan (simpan). Kemudian sapukan tangan tadi mulai kepala hingga ke badan seterusnya ke kaki bayi. Semasa tangan sampai di hujung badan bayi, lepaskan nafas yang ditahan tadi ***
Ulang perkara ini tiga kali. (Bermula dari ** hingga ***).
Dan berdoalah dalam hati supaya Allah melindungi bayi kita ini.
Kaedah ini dilakukan ketika bayi masih dalam keadaan biasa, jika bayi sudah meracau-racau atau telah menagis tidak berhenti-henti kaedah ini tidak lagi sesuai. Apa yang perlu dilakukan ialah:
Azan dan iqamat sebanyak 11 kali.
No comments:
Post a Comment