Kalau sebut pasal kaya, semua manusia mesti nak tahu bagaimana untuk jadi kaya. Dalam ceramah ini ada menerangkan bagaimana untuk kaya itu, apa yang perlu dilakukan untuk kaya, dan yang penting cara itu ialah yang Allah sendiri kata (melalui hadis Qudsi).
Ada manusia Allah sentiasa akan sibukkan dia dengan urusan dunia, sehingga masa dia habis macam itu sahaja. Alih-alih dah malam, dah masa nak tidur, pagi tadi ada dapat apa2 yang bermanfaat? Tiada? Jadi dok sibuk-sibuk pagi tadi till petang sehinggalah ke waktu malam dapat apa? Dapat sia-sia sahaja lah, dan perkara itu akan berulang kembali esok pagi sehinggalah ajal tiba.
Dalam ceramah ini diberi contoh orang yang dok guna whatsapp dan facebook, dok baca whatsapp (dan fb) pun kalau total kan silap-silap boleh cecah 3 jam, dapat hasil apa dari 3 jam tu? Takde apa-apa? Tu tandanya Allah dah campakkan dalam kedua belah tangannya dengan kesibukkan dunia yang akhirnya tiada dapat apa-apa pun (semakin fakir miskin). Jadi macam mana nak dapat "kaya" ini? Dengarlah ceramah ini.
Link video ceramah: Klik disini