Tuesday, April 14, 2020

Alkohol dalam sanitizer / perfume: Bolehkah dipakai semasa solat/sembahyang?

Ada masih keliru alkohol yang tak boleh bawa masa solat. Kekeliruan terjadi sebab kebanyakkan sanitizer dibuat dari campuran alkohol. Juga kekeliruan yang melibatkan minyak wangi beralkohol. Cuba untuk jelaskan dalam bahasa pasar semudah yang mungkin.

Alkohol yang tak boleh bawa solat tu ialah alkohol yang memabukkan yakni alkohol yang ada dalam arak tu. Alkohol dalam arak telah melalui proses penapaian (fermentation). Dalam bidang sains alkohol itu sendiri ada beberapa kelas seperti alkohol primer, alkohol sekunder dan alkohol tertier. Bukan semua alkohol itu sama dan bukan semua alkohol itu memabukkan.

Jadi kalau alkohol yang anda sentuh itu tidak melalui proses fermentasi, maka insyaallah ia bukanlah alkohol yang memabukkan dan ini boleh dibawa dalam solat. Kalau tak percaya korang minumlah alkohol tu dan tunggu ... mabuk tak? Atau mati? Haha.. OK itu joke, jangan cuba minum alkohol pulak.

Sama juga kes dengan perfume yang ada alkohol tu, boleh digunakan. Cumanya kena hati-hati sedikit sebab kadang-kadang dalam perfume ni ada guna unsur campuran dari 'lard' iaitu bahan dari khinzir untuk membuatkan perfume tu tahan lama bau nya.

Bukan nak berfatwa tapi sekadar menyampaikan dari sudut pandangan sains. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment