Kadang - kadang bayi lelaki ni asyik menangis tidak tentu pasal walaupun kita telah periksa semua keperluan nya telah dipenuhi.
Kita dah check dia tak demam, telah minum cukup susu, perut tak kembung, badan tiada gatal-gatal, tiada kesan luka / gigitan serangga. Lampin kering dan tidak ketat. Baju dan seluar kering. Hidung tak tersumbat, telah dibacakan ayat-ayat suci untuk elak gangguan makhluk halus... Namun dia tetap menangis juga tidak berhenti, kadang-kadang bayi tu hanya tidur sekejap sangat (luar dari pola kebiasaan tidur bayi tersebut).
Mungkin ada perlu mencuba ini. Nampak macam dangkal sahaja idea ni namun, belum cuba belum tahu.
Apa yang anda perlu lakukan ialah tuam telur (testis) bayi tersebut. Tuam bermakna guna sesuatu yang hangat, sebagai contoh kamu lipat kain napkin sederhana tebal, lepas tu panaskan hujung napkin tu dengan seterika hingga kepanasan sterika tu melekat pada napkin tersebut. Panaskan tu sekadar hangat - hangat yang tidak mencederakan bayi dan panas yang tidak menyebabkan bayi akan menangis. Tapi jangan pula terlalu lemah hangat nya sebab nanti tidak berkesan pula bila dituam.
Setalah tu, lekapkan kain hangat (tuam) itu ke telur/testis bayi lelaki tersebut. Gerak-gerakkan tuam sehingga semua bahagian testis bayi di hangatkan. Ulang-ulang kaedah ni. Tuam sekali bahagian berhampiran alat sulit bayi tersebut ( no harm). Bila kain tuam mula hilang hangat, lekap kan kembali kain tersebut kepada seterika. Ulang.. Ulang.. Jangan malas. Anak kita tu..
Lepas tuam tu, kalau nak lebih berkesan, buat urutan kat testis bayi tu. Caranya ialah urut bermula daripada anus, melalui tepi telur testis, terus ke bahagian atas zakar. Ulang. Memang susah nak terangkan. Nanti lah jika saya berpeluang buat video, saya akan upload disini.
Anak saya, lepas buat tuam ini, malam itu dia mulai tidur nyenyak (kembali kepada pola tidur dia yang asal).
Simple step, but make huge differences.
No comments:
Post a Comment