Wednesday, August 27, 2014

Jangan marahkan markah exam anak yang rendah

Zaman sains ini, hampir semua kegiatan kita boleh kongsikan melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram, google plus dan lain-lain lagi. Atas keghairahan ini ada ibu-bapa/parents kepada anak-anak yang menyiarkan/post gambar-gambar berkaitan anak mereka seperti gambar markah pencapaian peperiksaan di sekolah (terutama yang dapat markah cemerlang). Dari satu segi mungkin mereka ingin meningkatkan self-esteem diri mereka (atau anak mereka), ini bagus. Namun dari satu segi lagi ia mungkin mengundang padah kepada parents lain yang tidak berfikir panjang. Bagaimana ini mungkin terjadi?

Ia mungkin terjadi apabila ada parents lain yang tidak berfikir panjang (setelah melihat status atau gambar anak orang lain tersebut) dan terus merasa "down" kerana anak mereka tidak secemerlang anak orang lain itu. Lantaran merasakan anaknya mungkin "tidak bijak", tanpa disedari minda bawah sedar parents ini akan "memaksa" anak mereka untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik lagi dimasa depan. Jika dilihat, tiada masalah dalam hal ini, tapi yang menjadi masalah ialah "cara" bagaimana parents tadi melaksanakan "hajat" mereka itu.

Mungkin ada yang akan terus "blame" anak mereka kerana tidak dapat markah yang baik. Mungkin ada yang akan meningkat masa belajar anak mereka sehingga melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh anak itu berdasarkan tahap umurnya. Mungkin ada yang akan menyindir anak mereka sendiri tanpa mereka sedari semasa berkomunikasi dengan anak tersebut. Proses menyindir/memarahi tanpa kebijaksanaan/meningkatkan masa belajar secara keterlaluan sebenarnya mungkin akan merosakkan anak tersebut dalam jangkamasa yang panjang.

Cuba kita fahami, mengapa kita hantar anak kita belajar? Pernah fikirkan? Kita hantar anak kita belajar kerana kita ingin "mereka belajar". Apabila kita belajar, ianya normal jika kita ada membuat kesilapan, ianya normal jika kita tidak dapat menggarap keseluruhan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Sekarang, nampak tujuan belajar itu? Belajar itu untuk memudahkan kita menguruskan diri sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Belajar itu untuk mengenal pencipta (Allah), itulah tujuan belajar yang sebenar.

Jadi kenapa bila anak itu mendapat markah rendah, kita marahkan dia? Kita blame dia? Adakah tujuan belajar ialah "untuk mendapatkan markah yang tinggi didalam peperiksaan"? Nyata nya jika kita meletakkan ini sebagai tujuan utama proses pembelajaran, maka boleh musnah lah intipati sebenar tujuan belajar itu.

Kita tidak pernah tahu apa tahap atau threshold anak kita. Dibimbangi apabila terlalu dibebankan dengan expectation untuk mendapat markah tinggi, anak kita akan mengalami tekanan. Tekanan itu boleh berkumpul selama bertahun-tahun lamanya dan akhirnya akan "meletup". Kerana itu tidak asing lagi ada kes-kes pelajar yang bunuh diri, lari dari rumah dan bercampur dengan rakan-rakan yang tidak baik, ini semua boleh berpunca daripada tekanan yang telah terkumpul sekian lama itu tadi. Ada juga anak-anak yang tidak lagi mampu belajar dengan baik sebab asyik teringat kata-kata parents mereka yang mengatakan mereka "lembab", "lambat pick-up" dan sebagainya. Anak- anak ini tadi sebenarnya mampu belajar (pada awalnya), namun menjadi malas belajar sebab "percaya" yang mereka memang lembab (parents yang hari-hari kata mereka "lembab" tanpa disedari).

Lantaran itu, adakah ini bermaksud "tidak perlu" menyuruh anak kita belajar dengan lebih gigih? Bukan itu maksudnya. Tapi secara personal bagi saya apa yang penting ialah kita telah berusaha untuk memajukan anak kita (seperti meluangkan masa mengajarnya, menjawap pertanyaan subjek sekolahnya) dan anak itu sendiri telah berusaha untuk belajar. Itu yang penting. Selepas itu, apa jua hasil keputusan peperiksaan, jangan dimarah anak itu sampai tidak ingat dunia. Jangan disindir. Jangan di "compare" kan dengan sesiapa pun. Tidak kah kita kasihan kepada mereka, mereka bukannya tidak berusaha untuk belajar, mereka telah berusaha. Namun itu lah hasil yang mereka dapat hasil daripada "enjin/otak" mereka. Itulah kemampuan mereka. Kita haruslah berlapang dada, redha dan cuba untuk menggalakkan anak kita lagi dengan cara yang positif agar dia dapat kemajuan yang lebih baik dimasa hadapan.

Setiap orang dikurniakan tahap "kepintaran/ingatan/akal" yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham, ada yang lambat faham, ada yang cepat faham bila telah melepasi umur tertentu, dan sebagainya. Ini semua program dalam otak yang diluar kawalan kita. Ada yang tidak boleh diubah, tetapi hanya boleh dipertingkatkan sahaja. Jadi bukan kehendak anak itu untuk menjadi "lambat faham" atau "tidak bijak". Setiap anak sebenarnya inginkan markah yang baik, setiap anak inginkan sanjungan dari mak-ayah. Namun apakan daya, langit tidak selalunya cerah untuk sentiasa mendapat markah yang baik/keputusan yang baik.

Oleh itu, apa yang penting ialah:
1. Anak itu telah berusaha untuk belajar sehabis baik yang mereka mampu.
2. Kita telah berusaha untuk membantunya semampu yang mungkin.

Maka...cukuplah... Redha lah dengan keputusan pembelajaran mereka, Dan perbaiki lagi dimasa depan. Sayangi mereka, kerana mereka sebenarnya telah berusaha atas kapasiti kemampuan mereka.