Apakah perkara pertama yang patut dibuat selepas membeli komputer baru yang biasanya pembeli tidak lakukan?
Jawapan dari skema chegu ialah: Membuat recovery disk.
Apa tu recovery disk?
Ialah satu set fail yang kita simpan/ save samada dalam bentuk DVD atau dalam thumbdrive/hardisk. Fail ini ialah fail yang MEWAKILI SELURUH SISTEM OPERASI (operating system) dalam komputer baru kita, contohnya Windows 10 atau Win 8 dan SEMUA DRIVERS untuk hardware komputer kita tu (driver graphic card, drivers sound, driver memory card, driver WiFi, driver Bluetooth dan sebagainya). Driver-driver ini kadangkala sangat unik, jika anda hilang, untuk mencarinya sangat sukar walaupun kita boleh cari di Internet, tapi kadang- kadang TAK WUJUD. Sebab tu driver ni kena diselamatkan dari awal.
Apa guna recovery disk? Ia digunakan bila operating system komputer kita dah jadi gila, hilang fail (corrupt) atau komputer tak mahu reboot (tak mahu start hidup).
Dizaman kita ini, bila kita beli komputer baru, kita sudah tidak lagi dibekalkan dengan CD operating system. Semuanya BUILT-IN. Maksudnya operating system itu masih lagi diberi kepada kita, tapi IA TERSIMPAN DALAM HARDISK KOMPUTER KITA. Kita YANG kena keluarkan sendiri ‘recovery disk’ tu.
Ada orang kata… alah biarlah.. benda tu ada dalam hardisk, nanti kalau komputer kita rosak, kita buatlah proses recovery. Tapi cuba fikir, kalau komputer tak boleh on/reboot, macam mana nak panggil balik fail recovery tu? Ataupun tiba tiba partition yang save data recovery disk tu yang corrupt (rosak), macam mana komputer nak retrieve data recovery tu?
Sebab tu masa awal-awal beli komputer kita kena keluarkan fail recovery disk ni dan save ke dalam dvd atau external hardisk. Komputer kita ni bila-bila masa je boleh rosak, tak kira komputer baru atau lama.
Orang kedai komputer dan orang pusat servis komputer (tak semua) sangat suka pembeli yang tak save recovery disk ni. Ni la peluang buat duit. Kalau korang punya operating system corrupt/rosak, korang kena beli Windows BARU, tu je dah berapa ratus tu. Buat rugi je.
Dan jangan bimbang, untuk buat recovery disk ni tak perlu pun untuk jadi pandai komputer, setiap komputer baru ada software dalamnya yang khas didatangkan untuk korang buat recovery disk ni. Cuma korang perlu rajin belek je senarai software dalam komputer korang tu, MESTI ADA PUNYA. Korang ikut je arahan dalam software tu, pasti siap recovery disk tu. Kalau function ni takde, korang bole baling komputer tu kat authorised center brand tu, baru depa tau korang keturunan pahlawan gagah perkasa.
Gambar-gambar dibawah ni adalah gambar masa den buat recovery data komputer lama den. Ada tu dia hanya benarkan buat SATU KALI SAHAJA proses recovery data ke external hardisk/thumbdrive.




No comments:
Post a Comment