Monday, December 2, 2024

Motivasi diri: Jatuh-bangun seorang bernama manusia.

Kehidupan ini tidak menjanjikan kesempurnaan setiap masa. Banyak daripadanya berlaku pada masa-masa yang tiada kesempurnaan. Namun kita terpaksa melaluinya atas desakan meneruskan hidup. Memang benar jika tiada desakan hidup, tiada siapa mahu meneruskan kerja/tugas dalam keadaan yang serba-serbi tidak sempurna.

Harus difahami juga bahawa akan sentiasa datang masa-masa kita gagal semula setelah bangun. Tapi dengan memahami bahawa itulah manusia, itulah kehidupan, kita akan dapat menerima hakikat bahawa dari masa ke semasa, kita mungkin akan jatuh setelah bankit. Apa yang lebih penting ialah kita bangun. Bangun dan susun semula rancangan untuk mencapai kejayaan. Itulah yang dimaksudkan pada azan ' Haiya Alal Falah' - Marilah menuju kejayaan.