Saturday, May 9, 2020

Game Tactical.


Tajuk ni boring, tapi kalau mu minat, mu pasti baca punya tanpa sapa suruh pun. Game yg den nak maksudkan ni ialah game yang bukan semata-mata game tapi memerlukan akal fikiran, logic dan taktikal untuk menang. Sesetengah orang dia minat game tactical sebab dia tau otak dia terer tactic dan dia sepatutnya boleh menang compared dengan orang yang buta tactical.

Game yg den maksudkan ialag PUBG. 

Ye.. game tembak-tembak jer. Kalau mu tengok sekilas memang la nampak macam game tembak-tembak jer. Tapi kalau mu join dan main dalam liga yang dapat markah (rank game) mu akan tau betapa banyak nye taktikal yang perlu mu terapkan dalam game ni untuk BOLEH MENANG.
Basically game ni ialah: Sebuah kapal terbang yang akan menerjunkan 100 orang penerjun tanpa senjata (kamu salah seorang darinya). Penerjun ini perlu menjadi orang yang paling akhir sekali yang tidak mati. Dengan kata lain 100 orang ini akan saling berbunuhan bila bertemu antara satu sama lain supaya dia la akhirnya yang akan hidup sorang-sorang. Pemenang terakhir ini akan diraikan dengan ungkapan “ WINNER WINNER CHICKEN DINNER”. Jangan lupa yer, hampir semua penerjun tu ialah ORANG SEBENAR di alam nyata, bukannya computer programming.

 Kalau mu main buta-buta tanpa tactical, eden pasti sangat… mu akan jadi orang yang paling awal mati. Kalau mati awal markah akan ditolak. Lagi kita lambat mati, lagi banyak markah kita perolehi. Setiap pemain dalam sesuatu season akan ada pangkat dia sendiri, yang paling rendah pangkat/(rank) ialah Bronze dan paling tersohor (paling disegani) ialah rank Conqueror.

Kenapa perlu taktik? Dan taktik ini correspond dengan keadaan sebenar jika kita berada dalam medan perang. Sebagai contoh:

a) Mu kene membongkok bila berada berhampiran musuh, kerana bunyi tapak kaki orang membongkok lebih senyap, pihak musuh susah nak agak mu dating dari arah mana.

b) Mu kene meniarap untuk tembak musuh yang sangat jauh, sebab recoil/ gegaran tembakan sangat kuat, jika mu meniarap peluru tidak akan tersasar jauh dan boleh kena tepat kearah musuh. Kalau mu tembak masa berdiri, biasanya tak akan mengenai sasaran yang jauh.

c) Mu kene tembak bahagian KEPALA dulu kalau nak musuh cepat mati, kalau mu tembak bahagian lain badan, musuh akan lambat sedikit mati berbanding tembak kepala (kerana kepala ada otak, bila otak ditembak maka lumpuh seluruh sistem tubuh- mati).

d) Mu kena kenal senjata. Senjata dalam PUBG mimic (tiru) senjata sebenar yang ada dalam dunia ini. Contohnya kalau mu nak tembak jarak dekat dan peluru keluar laju, mu kena pakai submachine gun yang bernama UZI. Tapi kalau mu nak tembak musuh yg berada pada jarak sangat jauh, peluru UZI takkan sampai, time ni mu kena pakai sniper rifle seperti AWM. So mu kena ada ilmu pasal jenis-jenis senjata secara asasnya.

e) Mu kena kenal attachment senjata. Contohnya jika mu nak tembak musuh dan nak buat musuh tak dapat detect mu menyorok di mana, mu kena equipkan gun mu dengan silencer. Mu kena pasang silencer di hujung gun.

e) Mu kena tahu macam mana nak guna bom tangan, macam mana nak guna stun grenade dan sebagainya.

f) Time terjun dari kapal terbang, hendaklah terjun di kawasan yang tak ramai musuh turun. Jika ramai musuh turun situ, ada kemungkinan kita akan mati cepat kena tembak. Oleh itu kena ada pengetahuan untuk baca peta kawasan perang dan rancang kat mana nak landing.

Itu baru sedikit tactical, ada banyak lagi tactical yang mu akan pelajari sendiri jika serius main game ni.

Baru-baru ni masuk berita team kita menang di peringkat Asia Tenggara. Kalau tak silap Yoodo Gank. Masuk TV3 tuuu dalam section E-Sport. Memang E-sport dah mendapat tempat di dunia sekarang ni. Sia pada university yang tawarkan kursus E-sport. Banyak pertandingan all over the world. Cumanya kalau mu nak menang, mu kene terer giler la. Lawan dengan rank conqueror pun mu blom tentu boleh jadi Top 10 kalau tangan jenis berpeluh pegang handphone.

Pada hemat den la, ada beberapa game yang berponsi dalam E-sport ni, Yang dikenali di SELURUH DUNIA iaitu PUBG, Mobile Legend (a.k.a DOTA), fortnight dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment