Ada banyak entri menceritakan tentang kaedah memasuki Singapura dengan kereta sendiri, oleh kerana itu saya tidak mahu mengulas panjang lebar berkenaan hal tersebut. Saya akan hanya menulis tentang perkara-perkara penting yang saya rasakan mungkin tiada dalam blog yang lain. Jika anda perlukan blog yang mengulas tentang cara-cara membawa kereta sendiri ke Singapura, anda boleh membaca blog-blog seperti:
mat-drat blogspot
jannahsuhaimi blogspot
singgahsanasinggahsini blogspot
Kami ke Singapura menaiki kenderaan sendiri. Dalam rombongan kami, kami pergi dengan 2 buah kereta, terdiri dari 7 orang menggunakan satu group passport dan 3 orang lagi memiliki passport antarabangsa sendiri.
Maka ada yang berfikir, bolehkan 2 buah kereta berbeza melalui Imigresen dengan 2 jenis passport berbeza bercampur-baur (passport antarabangsa dan passport berkumpulan) dalam satu konvoi? Dapat tak apa yang cuba saya ingin sampaikan? Sebelum kami ke Singapura, kami cuba mencari jawapan ini namun tiada informer yang dapat memberikan jawapan yang benar-benar kukuh, yakin dan kongkrit. Jawapan dari staff Imigresen Malaysia pun tidak seberapa meyakinkan (maaf pihak Imigresen, tapi kami memang was-was dengan penerangan anda ketika itu).
Dari Malaysia, kami terus ke Singapura menggunakan Malaysia-Singapore Second Link untuk ke Tuas Checkpoint (kami tidak menggunakan Woodlands checkpoint). Perhentian terakhir kami di negara tercinta Malaysia ialah di R&R Gelang Patah, disini kami reload bekalan makanan dan minyak petrol sebelum masuk ke negara jiran Singapura.
Melepasi checkpoint di Malaysia, tiada masalah. Kami melalui dengan jayanya. Kemudian kedua-dua kereta berjalan beriringan depan-belakang memasuki TUAS checkpoint Singapura. Disini apabila kami masuk ke booth untuk pemeriksaan passport, saya beritahu kepada pegawai bertugas yang kereta di belakang saya adalah dalam satu konvoi yang sama, sebab kami menggunakan group passport (dan nasib baik kereta kedua itu berjaya maintain berada dibelakang kereta saya sepanjang masa). Saya beritahu dia dalam 2 buah kereta ini, 7 ahlinya menggunakan 1 group passport dan lagi 3 orang menggunakan passport sendiri (passport antarabangsa). Pegawai Imigresen Singapura diam sebentar, dia keluar dari booth tersebut dan melihat kereta kami. Kemudian dia meminta whitecard (kad IMM 27E). Whitecard ini saya dapatkan dari ibu yang memang selalu berulang-alik ke Singapura, jadi kami telah mengisi form ini awal-awal lagi di Malaysia. Kalau anda tiada kad ini, anda perlu lengkapkan kad ini sebelum melepasi checkpoint Singapura. Setiap individu perlu mengisi sekeping whitecard. Kalau ada 10 orang, maka ada 10 whitecards yang perlu di serah kepada pegawai Imigresen Singapura di booth tersebut.
Note: Pic ihsan google images
Kemudian pegawai tersebut kata, kami ada 'masalah'. What... 'masalah'? Aiseh. Dia mencarikan tempat parking berhampiran booth tersebut dan menyuruh kedua-dua kereta kami parking disitu dan minta kami masuk ke pejabat imigresen Singapura.
Kami diberitahu bahawa, untuk satu group passport itu, ahlinya perlu menaiki kereta yang sama. Ini kerana dalam whitecards tersebut ada ruangan untuk mengisi nombor kereta. So dalam ahli-ahli group passport kami, ada yang isi nombor kereta pertama, ada yang isi nombor kereta kedua, dan ini 'tidak boleh'. Kami diminta memotong (cancel) nombor kenderaan itu dan semua ahli yang nama nya tertera dalam group passport perlu menaiki kereta yang sama dan dalam whitecards semua perlu menulis nombor pendaftaran kereta yang sama. Kami membetulkan keadaan ini seperti yang diarahkan. Dan semasa dalam pejabat Imigresen Singapura itu, semua data seolah-olah di sah kan semula. Semua ahli harus meletakkan kembali kedua-dua ibu jari di mesin pengimbas cap jari dan menunggu pegawai Imigresen Singapura 'selesaikan' dokumen kami satu per satu. Itulah sebabnya pegawai di booth pemeriksaan tadi menyuruh kami parking dan menyatakan 'ini mungkin mengambil masa'.
Setelah selesai urusan di dalam pejabat Imigresen Singapura, kami terus menaiki kereta mengikut arahan yang telah diberitahu, iaitu nama yang wujud dalam group passport perlu menaiki kereta yang sama (kereta pertama) dan semua yang menggunakan passport antarabangsa perlu menaiki kereta yang kedua. Nasib baiklah kenderaan kami memang 7 seaters dan ahli-ahli dalam group passport itu memang berjumlah 7 orang. Ini namanya Allah mempermudahkan urusan, Bayangkan jika nama dalam group passport itu 15 orang, macam mana nak muatkan 15 orang dalam 1 kereta? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri.
Dari situ, kami terus bergerak untuk membuat Autopass (sebab ini pertama kali kenderaan kami memasuki Singapura dan belum pernah didaftarkan untuk Autopass). Autopass saya valid sehingga 2022 ...wah lama nya, melepasi tahun dua ribu dua puluh (2020)...heh.
Dan kemudian, kami terus memasuki wilayah Singapura dengan kenderaan sendiri. Alhamdulillah kami berjaya melepasi perkara-perkara yang menguji ketabahan. Ramai yang kata kelecehan dan kerumitan untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke Singapura (sebagai pelancong ye, bukan sebagai pekerja yang bekerja di Singapura) adalah perkara yang de-motivate mereka untuk membawa kereta sendiri.
OK, next time kalau nak ke Singapura dengan kenderaan sendiri, InsyaAllah kami tiada masalah, kami dah tahu cara ! Dan dah ada autopass ... so lebih lancar di Imigresen Singapura.
Alhamdulillah.
P/s: Kalau ada sahabat-sahabat yang ingin bertanya, bole email saya di mhanaffi@yahoo.com, jangan comments sini sebab saya jarang check blog. Hehe.
Gambar selingan:
Teck Whye Crescent:
Bukti kereta telah masuk Singapura...haha:
Majlis Perkahwinan sepupu:
Short video majlis berkompang (resolusi sengaja diturunkan untuk merendahkan saiz fail dan memudahkan proses upload/download):
Di sana kami tinggal di Rumah Peranginan Persekutuan Malaysia, pic:
https://theta360.com/s/byyXD7t3GACFFzpiuLOQF65NU
https://theta360.com/s/oV3zQQRlOnbzG33PzlLolidBk





