Ketika isteri dalam pantang, saya yang menyediakan makan dan minummnya. Dengan kata lain, sayalah yang memasak makanan dalam pantangnya. Diantara apa yang selalu saya masakkan ialah ikan singgang. Dan dalam sup ikan singgang tu saya lebihkan lengkuas dan tambah sedikit lada hitam (beli- yang kisar halus). Saya buat begitu supaya makanan itu memberikan kesan 'panas' kepada isteri. Panas kan elok untuk orang yang dalam pantang.
Bayi pada ketika itu agak meragam. Tapi kami tak jangka yang meragam itu mungkin berpunca daripada pemakanan isteri. Rupanya bayi merasa 'sakit perut' sebab makanan yang isteri makan itu memberi kesan kepada bayi.
Oleh itu, jika bayi anda meragam lain macam, dia mungkin sakit perut akibat 'pedas/panas' yang ibu dia makan itu. Sila perhatikan apa yang ibu makan kerana ia boleh mempengaruhi keadaan bayi secara tak langsung. Apa yang ibu makan sebahagiannya akan di 'dipindahkan' ke dalam susu ibu yang seterusnya akan diminum oleh bayi.
No comments:
Post a Comment