Hari ini ramai orang share status
dibawah ini dan juga melakukannya demi untuk “kebaikan” bersama, tapi
sebenarnya, tak buat pun tak apa, takde impak yang besar mana pun. Malahan pada
pendapat saya, siapa yang menurut kehendak kawan dia itu, dia yang rugi…Hehe.
Kenapa saya berkata demikian?
Dibawah Ini adalah status update
yang ramai orang “share” hari ini:
____________________________________________________________
Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook
saya, ada mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi
sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua
pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos),
kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah
konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.
Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.
Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.
Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda.
terima kasih atas bantuan anda!!

___________________________________________________________________
Sebenarnya,
bila kita buat seperti arahannya, kita telah menutup peluang untuk melihat
updates orang tersebut di Newsfeed kita, terutamanya yang berkaitan dengan
aktiviti orang itu berkenaan dengan “ Life Events “ beliau (seperti contoh:
beliau update “ About” section) dan kita juga tak akan mendapat updates di newsfeed
kita berkenaan “comments” dan “likes” beliau terutama jika beliau comments dan
likes pada status atau page yang bersifat “public”.
Menurut “statement”
yang menular tersebut, ini untuk
mengelakkan sebarang posting yang beliau lakukan daripada dilihat oleh orang
lain. Sebenarnya, jika kawan mereka lakukan perkara seperti yang diminta itu,
posting beliau TETAP akan dapat dilihat oleh “bukan kawan” jika beliau telah
meletakkan status “ public” atau “friend of friends” terhadap status atau
gambar yang mereka post itu. Jika tak mahu sesiapa nampak apa yang anda post
dan hanya mahu hanya rakan yang nampak, dari awal-awal lagi anda sepatutnya
telah meletakkan status only seen by friend sahaja, maka selesai masalah anda,
hanya kawan yang di approve sahaja yang akan dapat melihat posting anda.
Pendapat
peribadi saya, pencipta asal status yang menular tersebut sebenarnya seorang
pengguna facebook yang kuat/rajin online. Beliau rajin LIKE-LIKE dan rajin “comments”,
maka untuk mengelakkan kawan-kawan lain nampak apa yang beliau komen atau LIKE
terutama di post yang bersifat public, diciptanya dakyah tersebut supaya dia
selamat, tidaklah nampak sangat dia kuat “main” facebook. Oh, tapi itu hanya
hipotesis saya sahaja, tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Dan, dalam
statement yang menular itu juga, ditulis, siapa yang tidak melakukannya, orang
tersebut akan dibuang dari senarai friend dia. Alangkah murahnya nilai
persahabatan di dalam facebook !
No comments:
Post a Comment